Thursday, 24 May 2012

PENULARAN JENAYAH SIBER

       Teknologi pada masa kini merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat terutama remaja. Dalam keghairahan mereka mengejar kemajuan teknologi, tidak mustahil mereka boleh terlibat dengan pelbagai jenayah siber. Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman yang dilakukan oleh seseorang melalui internet, telefon bimbit dan pelbagai teknologi lain. Tidak dapat dinafikan semakin banyak laman blog yang muncul, belia semakin ghairah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia.

       Di Malaysia, pelbagai jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja. Antaranya ialah penipuan, pengubahsuaian program/data komputer, mencuri maklumat, judi siber, pornografi, hacker dan jenyah siber paling banyak di Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di bendung adalah kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin ghairah melakukan pelbagai jenayah siber.

          Jenayah siber kian menular. Dewasa kini, kecanggihan teknologi yang ada bukan mendatang kebaikan dan percambahan maklumat dari pelbagai segi. Malah, kemajuan teknologi yang adalebih membawa kepada kemerosotan dari segi moral, budaya dan agama. Teknologi yang dulunya digunakan juga dalam memantapkan ilmu dari segi operasi input dan output, komunikasi data dan pemprosesan data. Kini, teknologi sering disalahgunakan untuk penyebaran virus, pengintip, penipuan, pengubahsuaian ke atas program data komputer, mencuri maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, penggodaman dan banyak lagi.

      Blog adalah sejenis web yang boleh diketogerikan sebagai dairi secara online. Ada sesetengah memaparkan kisah hidup atau perjalanan yang berlaku di dalam sesuatu kehidupan. Namun apabila belia merasa bebas menggunakan teknologi ini, mereka telah mula menjinakkan diri untuk memberikan komen-komen yang melampaui batas kebebasan bersuara seperti memfitnah golongan-golongan tertentu. Contohnya apa yang telah berlaku kepada bloger terkenal Raja Petra yang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) KERANA memfitnah.

         Selain itu, jenayah siber juga berlaku melalui gambar atau paparan yang mengenai tubuh manusia secara terang-terangan yang memeparkan tubuh manusia yang boleh mendatangkan kegaiharan dan perilaku seksual manusia. Filem-filem yang berunsurkan lucah ini kadang-kala menayangkan adegan seksual dari segi foto, teks bertulis, suara, nafas dan yang paling mengjengkelkan lagi ialah imej bergerak.

            Di samping itu, virus juga merupakan salah satu jenayah siber yang merupakan suatu bentuk binatang hidup di alam siber. Walaupun ia tidak dapat disentuh didunia nyata akan tetapi kewujudan virus ini di alam siber amat utuh. Sehingga sekarang masih belum ada penentang virus yang boleh membunuh virus yang amat berbahaya di alam siber ini. Malah, kewujudan virus ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Virus ini dikatakan boleh memusnahkan maklumat, fakta mahupun apa sahaja input yang ada di dalam komputer dalam sekelip mata. Virus ini juga boleh dikatakan seperti pepatah melayu menyatakan ’api dalam sekam’. Kewujudan virus ini amat berbahaya sekali.

          Jenayah siber juga boleh berlaku melalui hackers atau penggodaman. Seorang yang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer pentadbiran dan urusan yang berkitan dengan keselamatan. Selalunya penggodaman ini bergerak secara persendirian. Bagi mengelakkan masalah ini kian menular di alam siber, langkah-langkah yang efektif perlu dilaksanakan. 

5 comments:

  1. Salah satu langkahnya adalah denga cara menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
    - melatih lebih forensik komputer.
    - forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang- undang.

    ReplyDelete
  2. Terdapat beberapa langkah yang dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya jenayah siber. Antaranya, seseorang itu perlu berhati-hati ketika menggunakan Internet. Dalam merealisasikan betapa bahaya jenayah siber kepada negara, Malaysia memperkenalkan Dasar Keselamatan Siber Negara yang dilaksanakan pada 2006. Dasar itu perlu sentiasa dikaji dan dikemaskini untuk keberkesanannya menangani jenayah siber. Lebih banyak bahan pendidikan dan bermaklumat perlu disediakan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran tentang risiko pelbagai jenis jenayah siber serta pelbagai teknologi perlindungan yang boleh didapati untuk memerangi jenayah siber. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berharap usaha yang lebih komprehensif digerakkan untuk mengukuhkan asas moral dan memperkukuh daya tahan generasi muda supaya zaman teknologi maklumat (ICT) tidak menjerumus mereka ke dalam jenayah siber dan menjadi penjenayah siber.

    Nama: Siti NurFazila Binti Jusoh @ Yusof
    Matrik: A133564

    ReplyDelete
  3. Langkah bagi menangani jenayah siber adalah seperti berikut:

    1. Kerjasama antara negara serta secara global.
    - Memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.
    - kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui
    Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
    - berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan komputerdan membentuk unit jenayah siber.
    - menteri-menteri telekomunikasi ASEAN berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh
    dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah.

    2. menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
    - melatih lebih forensik komputer.
    - forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayahdan kemukakan kepada kekuatan
    undang- undang.

    3. Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet.
    - syarikat yang ingin memulakan e-commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah
    pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.
    - pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap teknik
    forensik komputer.

    Nama: Anis Hanani Bt. Zakri
    Matrik: A133594

    ReplyDelete
  4. Sememangnya jenayah siber pada hari ini semakin berleluasa.Hal ini berpunca daripada salah guna teknologi kearah yang salah. Malah terdapat individu yang melakukan semua kegiatan ini hanya untuk keseronokan dan memuaskan hati meraka saja. Hal ini haruslah dibendung dengan segera.

    Nama: MOHAMAD FADZIL BIN ZAINOL ABIDIN
    Matrik: A132574

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju....Sepatutnya teknologi yang ada digunakan sebaiknya...bukan untuk mencari keuntungan dan kepentingan diri sendiri sahaja. perkara ini perlu dibendung melalui penguatkuasaan yang tegas.

    Aziatul Azida Binti Meh
    A133096

    ReplyDelete