Bantal ini merupakan alat kawalan jauh. Kemudahan alat ini ialah
cepat, mudah set-up dengan pra-program pencarian kod automatik. Bantal Kawalan
Jauh ini mempunyai pangkalan data yang mengandungi kod untuk lebih 500 alat
kawalan jauh. Hanya klik butang membuat saluran angin yang berubah-ubah. Kuasa ciri
penjimatan pematian automatik akan menutup fungsi jauh selepas 60 saat tidak
aktif. Jauh mempunyai sebuah pemancar jarak lebar dengan inframerah LED dibina.
Cara yang menyeronokkan untuk menonton teater dan TV di rumah. Alat ini tidak
akan mudah hilang kerana berbentuk bantal.
Thursday, 24 May 2012
MAKLUMAT DIRI
NAMA : NOR
SYAFIQAH BINTI MHD SABRI
MATRIK : A133338
MATRIK : A133338
PROGRAM : LINGUISTIK
TAHUN
PENGAJIAN : TAHUN 2
SEMESTER : 2 (SESI 2011/2012)
TUTORIAL : JUMAAT
MASA : 8.00 A.M -10.00 A.M.
TEMPAT : MAKMAL 3
PENULARAN JENAYAH SIBER
Teknologi pada masa kini merupakan elemen penting dalam kehidupan
masyarakat terutama remaja. Dalam keghairahan mereka mengejar kemajuan
teknologi, tidak mustahil mereka boleh terlibat dengan pelbagai jenayah siber.
Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman
yang dilakukan oleh seseorang melalui internet, telefon bimbit dan pelbagai
teknologi lain. Tidak dapat dinafikan semakin banyak laman blog yang muncul,
belia semakin ghairah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia.
Di Malaysia, pelbagai jenayah siber yang biasa dilakukan oleh
remaja. Antaranya ialah penipuan, pengubahsuaian program/data komputer, mencuri
maklumat, judi siber, pornografi, hacker dan jenyah siber paling banyak di
Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di bendung adalah
kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin
ghairah melakukan pelbagai jenayah siber.
Jenayah siber kian menular.
Dewasa kini, kecanggihan teknologi yang ada bukan mendatang kebaikan dan
percambahan maklumat dari pelbagai segi. Malah, kemajuan teknologi yang
adalebih membawa kepada kemerosotan dari segi moral, budaya dan agama.
Teknologi yang dulunya digunakan juga dalam memantapkan ilmu dari segi operasi
input dan output, komunikasi data dan pemprosesan data. Kini, teknologi sering
disalahgunakan untuk penyebaran virus, pengintip, penipuan, pengubahsuaian ke
atas program data komputer, mencuri maklumat, capaian secara tidak sah keatas
sistem, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, penggodaman dan banyak
lagi.
Blog adalah sejenis web yang
boleh diketogerikan sebagai dairi secara online. Ada sesetengah memaparkan
kisah hidup atau perjalanan yang berlaku di dalam sesuatu kehidupan. Namun
apabila belia merasa bebas menggunakan teknologi ini, mereka telah mula
menjinakkan diri untuk memberikan komen-komen yang melampaui batas kebebasan
bersuara seperti memfitnah golongan-golongan tertentu. Contohnya apa yang telah
berlaku kepada bloger terkenal Raja Petra yang di tahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) KERANA memfitnah.
Selain itu, jenayah siber juga berlaku melalui gambar atau paparan
yang mengenai tubuh manusia secara terang-terangan yang memeparkan tubuh
manusia yang boleh mendatangkan kegaiharan dan perilaku seksual manusia.
Filem-filem yang berunsurkan lucah ini kadang-kala menayangkan adegan seksual
dari segi foto, teks bertulis, suara, nafas dan yang paling mengjengkelkan lagi
ialah imej bergerak.
Di samping itu, virus juga merupakan salah satu jenayah siber yang
merupakan suatu bentuk binatang hidup di alam siber. Walaupun ia tidak dapat
disentuh didunia nyata akan tetapi kewujudan virus ini di alam siber amat utuh.
Sehingga sekarang masih belum ada penentang virus yang boleh membunuh virus
yang amat berbahaya di alam siber ini. Malah, kewujudan virus ini semakin
menjadi-jadi kebelakangan ini. Virus ini dikatakan boleh memusnahkan maklumat,
fakta mahupun apa sahaja input yang ada di dalam komputer dalam sekelip mata.
Virus ini juga boleh dikatakan seperti pepatah melayu menyatakan ’api dalam
sekam’. Kewujudan virus ini amat berbahaya sekali.
Jenayah siber juga boleh berlaku melalui hackers atau penggodaman. Seorang
yang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah
pengaturcaraan komputer pentadbiran dan urusan yang berkitan dengan
keselamatan. Selalunya penggodaman ini bergerak secara persendirian. Bagi mengelakkan
masalah ini kian menular di alam siber, langkah-langkah yang efektif perlu
dilaksanakan.
Thursday, 17 May 2012
Sunday, 13 May 2012
Saturday, 12 May 2012
FROOT PC DELL
Pereka industri Paulina Carlos memperkenalkan konsep Froot PC Dell
yang tidak menggunakan papan kekunci dan monitor secara fizikal, tetapi melalui
projektor. Kebiasaannya, kita menggunakan monitor dan USB keyboard, tetapi
melalui teknologi ini, pengguna hanya memerlukan projektor iaitu sebuah alat
yang berbentuk bonggol yang akan memancarkan paparan skrin pada dinding atau
kawasan yang rata. Pengguna juga tidak memerlukan lagi papan kekunci secara
fizikal, tetapi ianya hadir di dalam bentuk maya iaitu pada meja pengguna.
Teknologi Froot PC Dell ini juga mempunyai bahagian-bahagian yang mempunyai
fungsi tersendiri. Contohnya, di sebelah kiri alat ini terletak kedudukan
tempat untuk sambungan USB dan sebagainya. Di sebelah kanan pula terdapat
tempat untuk memainkan DVD drive. Jika produk ini dipasarkan, Paulina Carlos
akan memastikan bahawa ianya akan diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula
seperti polimer. Alat ini juga akan mengurangkan pembuangan bahan-bahan seperti
komputer lama jika kita tidak memerlukan lagi komputer tersebut.
MESIN BASUH XEROS LTD
Mesin
basuh ini dapat mencuci pakaian dengan menjimatkan peggunaan air. Xeros Ltd telah
menyediakan penyelesaian inovatif teknikal yang merupakan alternatif
kepada tradisional akueus dan berasaskan pembersihan tradisional pelarut. Mesin basuh Xeros menggunakan kurang
daripada 2 peratus air dan tenaga dengan menggunakan beribu-ribu cip plastik boleh
diguna semula untuk membuang dan menyerap kotoran alat ini berpotensi
mengurangkan penggunaan air, tenaga, penggunaan bahan kimia, masa pengeringan, masa
pemprosesan dan kos. Dicipta oleh Profesor Stephen Burkinshaw.Kira-kira 20kg cip ditambah,bersama-sama dengan
secawan air dan detergen Cip yang boleh
digunakan sehingga 100 kali. Ia memberi faedah kepada alam sekitar
dan mengurangkan penggunaan tenaga di rumah.
ASSISTED WALKING COURTESY OF HONDA’S NEW ROBOTIC TECHNOLOGY
Syarikat pengeluar kereta Jepun, iaitu Honda telahpun berjaya mencipta sebuah alat untuk membantu manusia berjalan kaki terutamanya apabila menaiki tangga atau berjalan untuk jarak yang sangat jauh. Untuk membuktikan teknologi ini, Honda mempamerkan video pekerja berjalan dengan memakai alat tersebut. Mampu membantu pemakainya berjalan menaiki tangga dengan keadaan postur badan yang menegak. Jurutera Honda Jun Ashihara menerangkan bahawa alat ini sangat berguna bagi orang yang banyak berdiri sepanjang hari dan juga mereka yang selalu membuat kerja-kerja penghantaran yang memerlukan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Teknologi ini dilengkapi dengan komputer on-board, motor, gears, bateri, dan sensor yang terletak di dalam alat ini. Ianya direka untuk merespon gerakan si pemakai dengan menolak ke atas pada langkah-langkah untuk memberikan momentum kuasa. Ketika berdiri tegak, alat ini sama menggalakkan pemakai untuk mengukuhkan kesatbilan postur badan.
Thursday, 10 May 2012
H2O SHOWER POWER RADIO
Alat ini membolehkan pengguna mendengar muzik ketika sedang mandi.Alat ini
sesuai bagi pengguna yang yang gemar mandi sambil mendengar muzik. ‘H2O Shower
Power Radio boleh disambungkan terus ke hos mandi dan tekanan air adalah faktor
alat berfungsi.
HYMINI GREEN POWER 4 SMALL ELECTRONICS
Hy Mini merupakan alat terbaru yang dapat menukarkan
tenaga angin kepada kuasa yang boleh mengecas telefon bimbit, kamera digital, ipod,
PDA, dan lain-lain elektronik kecil. Sebagai contoh, pengguna meletakkan Hy
Mini pada kendal basikal atau lengan pengguna sendiri semasa berjoging atau
berjalan. Dengna itu, pengecas eko ini akan dapat mengumpul kuasa. Dengan
meluangkan masa satu jam di luar dengan Hy Mini, pengguna akan mendapat kuasa
yang mencukupi selama 2 jam untuk bermain MP3.
ODO TWIRL N TAKE
“ODO Twirl N Take” ialah sebuah kamera yang mesra alam untuk
mengambil gambar. Dari jauh ia kelihatan seperti kaca pembesar yang direka
semula. Sony telah mencipta satu alat yang dapat menyumbang kepada mesra alam.
Konsep kamera ini digunakan dengan hanya memutarkan roda dalam 15 saat untuk
mengambil gambar tunggal.
GAMBAR BASIKAL DENGAN REKAAN UNIK
Koleksi gambar basikal dengan rekaan unik dan inovasi hasil perkembangan teknologi yang menjadikan beberapa pereka telah menghasilkan rekaan yang kreatif bagi menarik minat pengguna untuk membeli basikal mereka
VOLKSWAGEN AQUA
Pereka Cina telah mencipta kereta yang mesra alam.
Dicipta oleh Yuhan Zhang. Volkswagen Aqua menjana kuasa dari hidrogen fuel cell
dan akan membebaskan sifar karbon dioksida. Kenderaan ini mempunyai kelajuan
atas 62 mph dan bergerak dengan lancar antara permukaan yang berlainan.
MESIN MIMPI
Subscribe to:
Comments (Atom)













.jpg)

.jpg)
