Pereka industri Paulina Carlos memperkenalkan konsep Froot PC Dell
yang tidak menggunakan papan kekunci dan monitor secara fizikal, tetapi melalui
projektor. Kebiasaannya, kita menggunakan monitor dan USB keyboard, tetapi
melalui teknologi ini, pengguna hanya memerlukan projektor iaitu sebuah alat
yang berbentuk bonggol yang akan memancarkan paparan skrin pada dinding atau
kawasan yang rata. Pengguna juga tidak memerlukan lagi papan kekunci secara
fizikal, tetapi ianya hadir di dalam bentuk maya iaitu pada meja pengguna.
Teknologi Froot PC Dell ini juga mempunyai bahagian-bahagian yang mempunyai
fungsi tersendiri. Contohnya, di sebelah kiri alat ini terletak kedudukan
tempat untuk sambungan USB dan sebagainya. Di sebelah kanan pula terdapat
tempat untuk memainkan DVD drive. Jika produk ini dipasarkan, Paulina Carlos
akan memastikan bahawa ianya akan diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula
seperti polimer. Alat ini juga akan mengurangkan pembuangan bahan-bahan seperti
komputer lama jika kita tidak memerlukan lagi komputer tersebut.

No comments:
Post a Comment