Teknologi pada masa kini merupakan elemen penting dalam kehidupan
masyarakat terutama remaja. Dalam keghairahan mereka mengejar kemajuan
teknologi, tidak mustahil mereka boleh terlibat dengan pelbagai jenayah siber.
Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman
yang dilakukan oleh seseorang melalui internet, telefon bimbit dan pelbagai
teknologi lain. Tidak dapat dinafikan semakin banyak laman blog yang muncul,
belia semakin ghairah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia.
Di Malaysia, pelbagai jenayah siber yang biasa dilakukan oleh
remaja. Antaranya ialah penipuan, pengubahsuaian program/data komputer, mencuri
maklumat, judi siber, pornografi, hacker dan jenyah siber paling banyak di
Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di bendung adalah
kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin
ghairah melakukan pelbagai jenayah siber.
Jenayah siber kian menular.
Dewasa kini, kecanggihan teknologi yang ada bukan mendatang kebaikan dan
percambahan maklumat dari pelbagai segi. Malah, kemajuan teknologi yang
adalebih membawa kepada kemerosotan dari segi moral, budaya dan agama.
Teknologi yang dulunya digunakan juga dalam memantapkan ilmu dari segi operasi
input dan output, komunikasi data dan pemprosesan data. Kini, teknologi sering
disalahgunakan untuk penyebaran virus, pengintip, penipuan, pengubahsuaian ke
atas program data komputer, mencuri maklumat, capaian secara tidak sah keatas
sistem, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, penggodaman dan banyak
lagi.
Blog adalah sejenis web yang
boleh diketogerikan sebagai dairi secara online. Ada sesetengah memaparkan
kisah hidup atau perjalanan yang berlaku di dalam sesuatu kehidupan. Namun
apabila belia merasa bebas menggunakan teknologi ini, mereka telah mula
menjinakkan diri untuk memberikan komen-komen yang melampaui batas kebebasan
bersuara seperti memfitnah golongan-golongan tertentu. Contohnya apa yang telah
berlaku kepada bloger terkenal Raja Petra yang di tahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) KERANA memfitnah.
Selain itu, jenayah siber juga berlaku melalui gambar atau paparan
yang mengenai tubuh manusia secara terang-terangan yang memeparkan tubuh
manusia yang boleh mendatangkan kegaiharan dan perilaku seksual manusia.
Filem-filem yang berunsurkan lucah ini kadang-kala menayangkan adegan seksual
dari segi foto, teks bertulis, suara, nafas dan yang paling mengjengkelkan lagi
ialah imej bergerak.
Di samping itu, virus juga merupakan salah satu jenayah siber yang
merupakan suatu bentuk binatang hidup di alam siber. Walaupun ia tidak dapat
disentuh didunia nyata akan tetapi kewujudan virus ini di alam siber amat utuh.
Sehingga sekarang masih belum ada penentang virus yang boleh membunuh virus
yang amat berbahaya di alam siber ini. Malah, kewujudan virus ini semakin
menjadi-jadi kebelakangan ini. Virus ini dikatakan boleh memusnahkan maklumat,
fakta mahupun apa sahaja input yang ada di dalam komputer dalam sekelip mata.
Virus ini juga boleh dikatakan seperti pepatah melayu menyatakan ’api dalam
sekam’. Kewujudan virus ini amat berbahaya sekali.
Jenayah siber juga boleh berlaku melalui hackers atau penggodaman. Seorang
yang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah
pengaturcaraan komputer pentadbiran dan urusan yang berkitan dengan
keselamatan. Selalunya penggodaman ini bergerak secara persendirian. Bagi mengelakkan
masalah ini kian menular di alam siber, langkah-langkah yang efektif perlu
dilaksanakan.
Salah satu langkahnya adalah denga cara menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
ReplyDelete- melatih lebih forensik komputer.
- forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang- undang.
Terdapat beberapa langkah yang dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya jenayah siber. Antaranya, seseorang itu perlu berhati-hati ketika menggunakan Internet. Dalam merealisasikan betapa bahaya jenayah siber kepada negara, Malaysia memperkenalkan Dasar Keselamatan Siber Negara yang dilaksanakan pada 2006. Dasar itu perlu sentiasa dikaji dan dikemaskini untuk keberkesanannya menangani jenayah siber. Lebih banyak bahan pendidikan dan bermaklumat perlu disediakan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran tentang risiko pelbagai jenis jenayah siber serta pelbagai teknologi perlindungan yang boleh didapati untuk memerangi jenayah siber. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berharap usaha yang lebih komprehensif digerakkan untuk mengukuhkan asas moral dan memperkukuh daya tahan generasi muda supaya zaman teknologi maklumat (ICT) tidak menjerumus mereka ke dalam jenayah siber dan menjadi penjenayah siber.
ReplyDeleteNama: Siti NurFazila Binti Jusoh @ Yusof
Matrik: A133564
Langkah bagi menangani jenayah siber adalah seperti berikut:
ReplyDelete1. Kerjasama antara negara serta secara global.
- Memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.
- kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
- berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan komputerdan membentuk unit jenayah siber.
- menteri-menteri telekomunikasi ASEAN berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh
dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah.
2. menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
- melatih lebih forensik komputer.
- forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayahdan kemukakan kepada kekuatan
undang- undang.
3. Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet.
- syarikat yang ingin memulakan e-commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah
pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.
- pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap teknik
forensik komputer.
Nama: Anis Hanani Bt. Zakri
Matrik: A133594
Sememangnya jenayah siber pada hari ini semakin berleluasa.Hal ini berpunca daripada salah guna teknologi kearah yang salah. Malah terdapat individu yang melakukan semua kegiatan ini hanya untuk keseronokan dan memuaskan hati meraka saja. Hal ini haruslah dibendung dengan segera.
ReplyDeleteNama: MOHAMAD FADZIL BIN ZAINOL ABIDIN
Matrik: A132574
Sangat setuju....Sepatutnya teknologi yang ada digunakan sebaiknya...bukan untuk mencari keuntungan dan kepentingan diri sendiri sahaja. perkara ini perlu dibendung melalui penguatkuasaan yang tegas.
ReplyDeleteAziatul Azida Binti Meh
A133096