Thursday 24 May 2012

PILLOW REMOTE CONTROL



Bantal ini merupakan alat kawalan jauh. Kemudahan alat ini ialah cepat, mudah set-up dengan pra-program pencarian kod automatik. Bantal Kawalan Jauh ini mempunyai pangkalan data yang mengandungi kod untuk lebih 500 alat kawalan jauh. Hanya klik butang membuat saluran angin yang berubah-ubah. Kuasa ciri penjimatan pematian automatik akan menutup fungsi jauh selepas 60 saat tidak aktif. Jauh mempunyai sebuah pemancar jarak lebar dengan inframerah LED dibina. Cara yang menyeronokkan untuk menonton teater dan TV di rumah. Alat ini tidak akan mudah hilang kerana berbentuk bantal. 



MAKLUMAT DIRI




NAMA  : NOR SYAFIQAH BINTI MHD SABRI


MATRIK : A133338

PROGRAM  : LINGUISTIK

TAHUN PENGAJIAN   : TAHUN 2

SEMESTER  : 2 (SESI 2011/2012)

TUTORIAL  : JUMAAT

MASA   : 8.00 A.M -10.00 A.M.

TEMPAT  : MAKMAL 3


ROBOT ARCHER ICUB


PENULARAN JENAYAH SIBER

       Teknologi pada masa kini merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat terutama remaja. Dalam keghairahan mereka mengejar kemajuan teknologi, tidak mustahil mereka boleh terlibat dengan pelbagai jenayah siber. Jenayah siber boleh ditakrifkan sebagai sebarang bentuk tindakan dan ancaman yang dilakukan oleh seseorang melalui internet, telefon bimbit dan pelbagai teknologi lain. Tidak dapat dinafikan semakin banyak laman blog yang muncul, belia semakin ghairah menimbulkan kemarahan masyarakat Malaysia.

       Di Malaysia, pelbagai jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remaja. Antaranya ialah penipuan, pengubahsuaian program/data komputer, mencuri maklumat, judi siber, pornografi, hacker dan jenyah siber paling banyak di Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di bendung adalah kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin ghairah melakukan pelbagai jenayah siber.

          Jenayah siber kian menular. Dewasa kini, kecanggihan teknologi yang ada bukan mendatang kebaikan dan percambahan maklumat dari pelbagai segi. Malah, kemajuan teknologi yang adalebih membawa kepada kemerosotan dari segi moral, budaya dan agama. Teknologi yang dulunya digunakan juga dalam memantapkan ilmu dari segi operasi input dan output, komunikasi data dan pemprosesan data. Kini, teknologi sering disalahgunakan untuk penyebaran virus, pengintip, penipuan, pengubahsuaian ke atas program data komputer, mencuri maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, judi siber, penggodaman dan banyak lagi.

      Blog adalah sejenis web yang boleh diketogerikan sebagai dairi secara online. Ada sesetengah memaparkan kisah hidup atau perjalanan yang berlaku di dalam sesuatu kehidupan. Namun apabila belia merasa bebas menggunakan teknologi ini, mereka telah mula menjinakkan diri untuk memberikan komen-komen yang melampaui batas kebebasan bersuara seperti memfitnah golongan-golongan tertentu. Contohnya apa yang telah berlaku kepada bloger terkenal Raja Petra yang di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) KERANA memfitnah.

         Selain itu, jenayah siber juga berlaku melalui gambar atau paparan yang mengenai tubuh manusia secara terang-terangan yang memeparkan tubuh manusia yang boleh mendatangkan kegaiharan dan perilaku seksual manusia. Filem-filem yang berunsurkan lucah ini kadang-kala menayangkan adegan seksual dari segi foto, teks bertulis, suara, nafas dan yang paling mengjengkelkan lagi ialah imej bergerak.

            Di samping itu, virus juga merupakan salah satu jenayah siber yang merupakan suatu bentuk binatang hidup di alam siber. Walaupun ia tidak dapat disentuh didunia nyata akan tetapi kewujudan virus ini di alam siber amat utuh. Sehingga sekarang masih belum ada penentang virus yang boleh membunuh virus yang amat berbahaya di alam siber ini. Malah, kewujudan virus ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Virus ini dikatakan boleh memusnahkan maklumat, fakta mahupun apa sahaja input yang ada di dalam komputer dalam sekelip mata. Virus ini juga boleh dikatakan seperti pepatah melayu menyatakan ’api dalam sekam’. Kewujudan virus ini amat berbahaya sekali.

          Jenayah siber juga boleh berlaku melalui hackers atau penggodaman. Seorang yang mencipta dan mengubahsuai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer pentadbiran dan urusan yang berkitan dengan keselamatan. Selalunya penggodaman ini bergerak secara persendirian. Bagi mengelakkan masalah ini kian menular di alam siber, langkah-langkah yang efektif perlu dilaksanakan.